Peristiwa yang Ketara Whoscall

  • Whoscall mendapat kepujian dari Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Google, Eric Schmidt semasa lawatannya ke Taiwan pada tahun 2011. Beliau berkata, “ Satu aplikasi yang bernama Whoscall boleh beritahu siapa belakang satu nombor yang tidak diketahui. Ia mendapat sambutan dan kembangan yang laju. Dan ia berasal dari Taiwan.”[4]
  • Whoscall V3.2.0 dikemas kini pada 3hb Julai 2012. Pengguna yang menggunakan aplikasi anti-virus Dr. Web dari Rusia mengatakan bahawa Whoscall dikesan kebimbangan keselamatan. Petang hari itu pasukan whoscall berhenti propaganda global dan dialih keluar dari Google Play pada hari berikutnya. Kemaskini Dr. Web pada pukul 4 pagi menyatakan amaran tersebut merupakan kesalahan Dr. Web. Whoscall kembali ke rak aplikasi pada pukul 6 petang.
  • Pada 4hb Julai 2012(sebulan selepas kemaskini Whoscall), nyahpasang pengguna Timur Tengah meningkat sebanyak 150% kerana Whoscall telah menukar ikon baru dan tidak menyokong Bahasa Arab dan menyebabkan pengguna tidak memahami kegunaan Whoscall. Selain itu, pendaftaran dengan nombor telefon juga menyebabkan pengguna Timur Tengah berasa privasi mereka terancam. Pasukan Whoscall membuat keputusan untuk menukar balik ikon lama dan menukar pendaftaran pengguna dengan menggunakan alamat Emel. Pada 14hb Oktober 2012, pelepasan Bahasa Arab Konsol Google Play membantu pasukan Whoscall mengeluarkan versi Bahasa Arab. Sejak itu, pengguna Whoscall di Timur Tengah bertambah secara empat kali ganda dan aplikasi Whoscall menjadi tempat kedua dalam aplikasi jenis Perniagaan.
  • Pada tahun 2014, Presiden Taiwan telah menyebut syarikat Gogolook dan merujuk beliau, syarikat ini merupakan contoh kreativiti dan menunjukkan potensi pemuda-pemudi Taiwan.[11]
  • Pada bulan April 2014, terdapat kebimbangan pengguna mengenai isu-isu privasi masyarakat mungkin terdedah dan muncul di skrin panggilan masuk. Googlook telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah mengumpul atau menyimpan maklumat peribadi. Hal ini juga menyedarkan masyarakat bahawa maklumat peribadi yang terdedah di internet boleh didapati melalui enjin carian di mana sumber-sumber. Whoscall kemudianya dihargai sebagai alat yang mengelakkan panggilan telepemasaran dan panggilan gangguan, tetapi juga mengingati masyarakat tentang kemungkinan penyebaran maklumat peribadi.[12]
  • 27hb Mac 2015, penempatan produk dalam Drama television Taiwan membantu meningkatkan jumlah muat turun sebanyak 20 kali ganda.